KATA NAMA
Perkataan NAMA terbahagi kepada dua bahagian yang besar iaitu NAMA BETUL dan GANTI NAMA
dan satu lagi dipanggil NAMA TERBITAN.
a) Kata Nama Am (Betul atau Biasa)
b) Kata Nama Khas
d) Kata Nama Terbitan
1. Nama betul dibahagi kepada dua jenis iaitu Nama Am dan Nama Khas.
2. Kata Nama Am ialah kata yang digunakan untuk menjelaskan nama sesuatu yang bernyawa seperti orang, haiwan, dan sesutu yang tidak bernyawa seperti tumbuh-tumbuhan, tempat , benda, dan sebagainya.
Dengan kata lain perkataan Nama Am digunakan bagi menyebut sesuatu secara am atau umum.
3. Kata nama am dapat dibahagikan kepada kata nama yang:
(a) Konkrit, iaitu nama sesuatu yang dapat dipegang, atau dapat dirasa, atau dapat dilihat
(b) Abstrak, iaitu nama sesuatu yang hanya dapat dibayangkan atau dikhayalkan.
4. Kata nama am konkrit dan abstrak boleh terdiri daripada kata asal dan kata nama terbitan.
5. Berikut adalah beberapa contoh kata nama terbitan:
Kata nama am hendaklah ditulis dengan menggunakan huruf kecil melainkan pada awal ayat.
Contoh:
Kata Nama Khas
1. Kata nama khas ialah kata nama yang secara khususnya digunakan untuk menyebut nama sesuatu benda sama ada benda yang bernyawa dan yang tidak bernyawa.
2. Benda-benda yang bernyawa ialah nama manusia dan nama binatang.
Benda-benda yang tidak bernyawa ialah nama tempat, judul buku, nama bangunan, dan sebagainya.
Perkataan Nama Khas digunakan bagi menyebut sesuatu yang tertentu, khusus atau khas.
a) Benda; misalnya : Seri Aman, Volvo, Parker 45, Hikayat Hang Tuah, dll
b) Orang; misalnya : Cik Rafidah, Inspektor Azman, Dr. Long dll
c) Binatang ; misalnya : Blacky, Pak Belang, Sang Kancil,dll
d) Tempat ; misalnya : Kampung Bahru, Shah Alam, Kuala Lumpur dll.
Biasanya huruf pertama perkataan nama khas ini hendaklah ditulis dengan huruf besar.
Perbandingan Kata Nama Am dan Kata Nama Khas
Kata nama Terbitan
Kata nama Terbitan wujud apabila kata nama am diberi imbuhan.
Imbuhan yang membentuk kata nama terbitan boleh diletakkan :
di awal kata (awalan)
di akhir kata (akhiran)
di awal dan di akhir kata (apitan)
Sila teliti contoh-contoh imbuhan :
Kata dasar yang diberi imbuhan untuk dijadikan kata nama terbitan terdiri daripada beberapa kelas iaitu :-
NAMA BETUL
- Nama Am
Manusia , orang
| ayah, perempuan, kerani, polis, guru, doktor, askar dll
|
Binatang
| ayam, gajah, kerbau anjing, kuda, burung, ikan dll
|
Tumbuh- tumbuhan
| pokok, betik, rumput, lalang dll
|
Benda
| pasir, kayak, radio, rumah. Motorkar, pen, buku, dll
|
Tempat
| pejabat, pulau, sekolah, kampung, bandar, negeri dll
|
- Buai - Buaian
- Tua - Ketua
- Raja - Kerajaan
- Tahu - Pengetahuan
Dia sedang menjinakkan seekor gajah
| Pada akhir ayat
|
Gajah itu berbadan besar
| Pada awal ayat
|
Manusia
| Zaidi, Mei Fong,
Subramaniam
|
Binatang
| Tompok (kucing),
Jalak (ayam)
|
Tempat
| Muar (daerah),
Seremban (bandar),
Jepun (negara)
|
Bangunan
| Pudu Raya (perhentian bas dan teksi),
Menara Tun Razak (pejabat)
|
Judul buku
| Keluarga (majalah),
Rentong (novel),
Kamus Dewan ( buku)
|
Benda
| Proton Perdana
(kereta), Pilot
(pen), Seiko (jam)
|
Kegunaan
| Kata Nama Am
| Kata Nama Khas
|
Benda
| bangunan
kereta
buku
sekolah
| Bangunan Tabung Haji
Proton Saga
Bahasa Melayu
S.K. Darau
|
Orang
| doktor
kerani
guru
budak lelaki
| Doktor Efendi
Puan Zainun
Cikgu Azmi
Muhamad Fauzi
|
Binatang
| kucing
lembu
katak
ayam
burung
| Si Tompok
Lembu Sapi
Katak Puru
Ayam Belanda
Burung Murai
|
Tempat
| negeri
bandar
kampung
tasek
| Terengganu
Jerteh
Kampung Pasir Akar
Tasek Perdana
|
Tumbuhan
| pisang
cili
jambu
limau
| Pisang Emas
Cili Padi
Jambu Batu
Limau Kasturi
|
|
|
|
|
|
|
Kelas kata
| Kata dasar
| Kata terbitan
|
Kata kerja
| peraga
latih
bawa
lawan
| peragawati
latihan
pembawaan
perlawanan
|
Kata sendi
| oleh
untuk
| perolehan
peruntukan
|
Kata nama
| lombong
rumah
guru
| perlonbongan
perumahan
perguruan
|
Kata adjektif
| cantik
besar
tinggi
| kecantikan
pembesar
ketinggian
|
No comments:
Post a Comment